Wednesday, November 9, 2022

KARNIVAL STEM@PMS

 

2 November 2022 : Telah berlangsung Karnival Stem @ PMS anjuran Jabatan Matematik, Sains & Komputer bertempat diperkarangan Unit Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dikalangan pelajar untuk memeriahkan karnival ini seperti Santai STEM, STEM@Funfair, Math is FUN, Pertandingan Poster Mini Project DBS10012, Pertandingan Poster STEM bertemakan Industrial Revolution 4.0.

Wednesday, February 23, 2022

STAF JMSK 2017


 Gambar Kenangan : Staf Jabatan Matematik, Sains & Komputer pada tahun 2017

Friday, February 4, 2022

SELAMAT BERSARA

 

3 September 2020 - Penyerahan Nota Serah Tugas dan Thumb Print terakhir oleh mantan Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Tuan Haji Mohd Fadzil bin Ja'afar telah berlangsung petang tadi. Nota Serah Tugas tersebut telah diterima oleh Puan Harniza Mohamad yang akan memangku jawatan Ketua Jabatan JMSK. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ts Dr Abdul Rahim Awang, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Iskandar bin Abu Thohib, Ketua-ketua jabatan dan unit PMS.



Wednesday, January 12, 2022

RIADAH DI BUKIT RIDAN

 

Jabatan Metematik, Sains dan Komputer telah menjalankan aktiviti mendaki Bukit Ridan sempena Pelaksanaan Hari Riadah PMS pada setiap hati Rabu. Selain daripada mendaki Bukit Ridan, peserta-peserta juga sempat melakukan aktiviti mengutip sampah demi menjaga keindahan flora dan fauna Bukit Ridan di sepanjang pendakian tersebut. Sikap ini perlu dicontohi oleh pelajar di dalam menjaga alam sekitar supaya kelihatan bersih.



KARNIVAL STEM@PMS

  2 November 2022 : Telah berlangsung Karnival Stem @ PMS anjuran Jabatan Matematik, Sains & Komputer bertempat diperkarangan Unit Hal E...